Permulaan Kami

Penubuhan

Inspirasi Biznes (iBiz) ditubuhkan pada tahun 2011 sebagai sebuah syarikat yang bergerak secara online dengan mempromosikan link Google Adsense dan Amazon Affliate (produk Amazon) untuk pasaran antarabangsa. Kami juga berjaya menghasilkan beberapa buah ebook untuk pasaran tempatan.

2012

Pada tahun 2012 pihak syarikat mengubah haluan dengan menyediakan perkhidmatan digital marketing advisor kepada syarikat Anak Alidz (jenama pakaian kanak-kanak). Berbekalkan pengalaman menjana pendapatan secara online, kami kembangkan perniagaan dalam bidang perkhidmatan seperti membangunkan web jualan e-commerce, graphic design for marketing material, & FB Ads coaching. Kejayaan terbaik kami Anak Alidz menjadi jenama pertama di Malaysia diiktiraf Facebook sebagai ‘one of the Best Businesses’ dalam segmen SME.
https://www.facebook.com/business/success/anak-alidz

Digital Marketing

Sejak dari itu syarikat terus menimba pengalaman dalam Digital Marketing sehingga di beri kepercayaan oleh beberapa syarikat swasta untuk membimbing staf mereka dalam pengurusan FB Ads. Pada masa yang sama kami juga membuka kursus ‘Social Media for Business’ untuk usahawan mikro dan menerima jemputan berceramah di kursus dan pameran usahawan mengenai Digital Marketing.

2017

Pada tahun 2017 kami sekali lagi mengembangkan perkhidmatan syarikat kepada Product Photoshoot, Videography & Printing bagi memenuhi keperluan usahawan baharu yang memerlukan bantuan membangunkan material pemasaran dalam mempromosikan produk mereka.

 

Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami

Pelangan yang BERPUAS HATI akan MENJAMIN Pulangan yang Berterusan

Visi Kami

Menjadi rakan kongsi transformasi digital pilihan utama di Malaysia, yang menerajui pembangunan usahawan dan perniagaan yang berdaya saing, inovatif, dan bersedia untuk masa hadapan. Kami bervisi untuk membina sebuah landskap perniagaan di mana setiap entiti tempatan mempunyai keupayaan dan keyakinan untuk berjaya dalam ekonomi digital global.

Misi Kami

Memperkasakan usahawan dan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) Malaysia melalui ekosistem perkhidmatan digital yang bersepadu. Misi kami adalah untuk menggabungkan reka bentuk kreatif yang memberi impak (“gempak”) dengan latihan kemahiran praktikal , bagi memacu transformasi perniagaan yang mampan dan menghasilkan kejayaan luar biasa (“IMPAK yang luarbiasa“) dalam era digital.

Pasukan Kami

Gerak laku kerja kami menerapkan prinsip ‘SUSTAINABLE SUCCESS’ iaitu Kejayaan Lestari. Bagi membudayakan prinsip ini 3 soalan berikut menjadi panduan kepada kami:-

  1. Kenapa pelanggan mesti beli dengan kita? Apa uniknya kita?
  2. Kenapa pelabur ingin melabur dengan kita?
  3. Kenapa pekerja ingin bekerja dengan kita?
Shahrul Idzham Radzuan

Shahrul Idzham Radzuan

Graphic Designer

  • Pemegang Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA UniMAP).
  • 8 Tahun pengalaman sebagai R&D Engineer di Intel Malaysia.
  • Finalist TERAJU SUPERB 2014 – projek Anak Alidz.
  • Berkemahiran dalam graphic design, video editing dan web design.
  • Pensyarah jemputan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim.
Afzal Laidin

Afzal Laidin

Programmer

  • Pemegang Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA UniMAP).
  • 15 Tahun pengalaman sebagai R&D Engineer di Intel Malaysia.
  • Berkemahiran dalam pengaturcaraan.
Norlaili Alias Sani

Norlaili Alias Sani

Digital Marketing Expert

  • Pemegang Sarjana Muda Perakaunan UUM.
  • 16 tahun pengalaman sebagai Pengurus Program (Program Manager) di Intel Malaysia.
  • Berkemahiran dalam menguruskan projek, social media marketing, pengurusan khidmat pelanggan.
  • Penceramah jemputan anjuran Smart Paradise Corporation Sdn Bhd dan IPTA, Politeknik Balik Pulau.

Pencapaian & Pengalaman

Anugerah Khas Keusahawanan 2023

TikTok Shop Workshop 2024

Program Kelestarian Usahawan Digital Perak

Bengkel Mahir Canva 2023

Bengkel Whatsapp for Business 2023

Seal The Deal

Pensyarah Jemputan Politeknik 2022

Penceramah Jemputan 2021 & 2023

Program Keusahawanan Anjuran Kerajaan Negeri Kedah & MARA Kedah

Kursus Keusahawanan 2017

& Web Management Coaching 2020